aircond and electrical

Tuesday, January 22, 2019

PENGENALAN REFRIGERANT PENDINGIN HAWA KOMERSIAL


Sudah sedia maklum dalam industri pendingin hawa, terdapat pelbagai jenis gas yang digunakan untuk melengkapkan kitaran penyejukbekuan sesuatu sistem. Dalam industri pendingin hawa komersial, ada 3 jenis refrigerant yang masih dan yang baru telah di perkenalkan. Antaranya ialah seperti berikut:


R22

Ini merupakan Gas terawal yang digunakan dalam pendingin hawa. setelah beberapa puluhan tahun gas ini digunakan maka pihak berwajib telah melakukan kajian mengatakan bahawa gas R22 tidak boleh diteruskan penggunaannya kerana ia telah menyebabkan penipisan ozon kepada bumi. Maka gas R22 akan dimansuhkan kepada penggunaannya. Namun pengguna gas R22 tidak perlulah bimbang kerana gas tersebut tidak dimansuhkan serta merta kerana kebanyakan unit-unit pendingin hawa yang menggunakan gas tersebut masih banyak. ia akan dimansuhkan secara berperingkat dengan memperkenalkan gas-gas yang lebih mesra alam.









R410a & R32

Ini merupakan refrigerant terbaru yang telah diperkenalkan oleh pengilang untuk mengantikan R22. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keluaran alat pendingin hawa yang menggunakan gas ini telah mula diperkenalkan di pasaran malaysia. Perbandingan antara kedua gas ini akan kita kupaskan serta rungkaikan pada next isu....


















PROJEK PEMASANGAN AIRCOND BY KBSE









Saturday, January 19, 2019

Aircond Filter

TIPS PENJAGAAN DAN PENJIMATAN ELEKTRIK BAGI PENGGUNAAN ALAT PENDINGIN HAWA

Penapis Udara


Penapis udara merupakan kompenan yang tidak kurang pentingnya dalam sesebuah alat pendingin hawa kediaman anda. Ia berfungsi sebagai penapis daripada habuk dari memasuki ke bahagian evaporator atau dalam bahasa mudahnya cooling coil.

Mungkin masalah biasa akan anda hadapi ialah, kenapa aircond saya rasa kurang sejuk??
haa...salah satu penyebabnya ialah apabila penapis udara ni lapisan habuknya dah 1 inci tebalnya dan ia menyekat aliran udara dari memasuki bahagian intake air Ventilation.

Anda perasan tak sebelah atas Cover putih tu ada lubang grill? Fungsinya adalah sama macam pernafasan kita,kalau hidung kita tersumbat maka susah untuk kita bernafas,maka konsepnya sama. Sekiranya peredaran udara terbantut maka kitaran udara tidak akan menjadi normal untuk sesebuah pendingin hawa. Maka udara tidak akan dapat disedut ke bahagian cooling coil untuk membantu kitaran penyingkiran haba panas.

Tengok kat bawah ni,FILTER aircond yang dah kotor dan dipenuhi dengan habuk!
salah satu faktor yang menyebabkan udara terhalang untuk memasuki air intake ventilation.


Servis berkala:
1. Anda disarankan supaya mencuci filter sebulan sekali bagi memastikan pengedaran udara untuk alat pendingin hawa anda berfungsi dengan baik.
2. Cuci dengan air bersih.
3. Bilas sehingga kering sebelum anda memasukkan semula ke tempat asal filter.
4.  Anda wajib tahu juga bahawa ini salah satu faktor bil elektrik anda tinggi.


Selamat mencuba#KB aircond

LATAR BELAKANG

KB SERVICES ENTERPRISE COMPANY PROFILE

Kenapa anda harus memilih kami?

Kepakaran kami adalah dalam bidang alat penyaman udara dan kerja-kerja pendawaian elektrik.
KB SERVICES ENTERPRISE ditubuhkan pada Jun 2016. Diasaskan oleh pemilik tunggal iaitu encik Kusairi. Beliau merupakan bekas pelajar giatmara dalam bidang TEKNOLOGI PENYEJUK BEKUAN DAN PENYAMAN UDARA.  Kami juga merupakan ELECTRICAL INSTALLATION CONTRACTOR yang berdaftar dengan EIU(SARAWAK). Kami juga berdaftar dengan CIDB,MOF dan UPKJ dalam bidang Kontraktor,Pembekalan dan Perkhidmatan.


Kami juga menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

ELEKTRIKAL

1. Pendawaian baharu rumah/pendawaian semula rumah lama
2. Permohonan meter dari Sarawak Energy.
3. Pemasangan kipas/water heater
4. Pemasangan SOLAR PANEL
5. Pemasangan CCTV SECURITY SYSTEM

PENYAMAN UDARA(AIRCOND)

1. Bekal/pasang/servis/membaiki peralatan berkaitan penyaman udara komersial dan domestik.
2. Pemasangan alat penyaman udara.
3. Perkhidmatan servis berkala untuk pejabat dan bangunan


PERKHIDMATAN LAIN-LAIN

1. Membekal peralatan kejuruteraan
2. Khidmat pembersihan kawasan dan pejabat
3. Khidmat pemotongan rumput sekitar perumahan dan bangunan
4. Membekal makanan dan minuman bermasak islam
5. Membekal peralatan elektrik seperti kabel dan aksesori.
6. Membekal alat tulis pejabat beserta kertas A4.