aircond and electrical

Tuesday, January 22, 2019

PENGENALAN REFRIGERANT PENDINGIN HAWA KOMERSIAL


Sudah sedia maklum dalam industri pendingin hawa, terdapat pelbagai jenis gas yang digunakan untuk melengkapkan kitaran penyejukbekuan sesuatu sistem. Dalam industri pendingin hawa komersial, ada 3 jenis refrigerant yang masih dan yang baru telah di perkenalkan. Antaranya ialah seperti berikut:


R22

Ini merupakan Gas terawal yang digunakan dalam pendingin hawa. setelah beberapa puluhan tahun gas ini digunakan maka pihak berwajib telah melakukan kajian mengatakan bahawa gas R22 tidak boleh diteruskan penggunaannya kerana ia telah menyebabkan penipisan ozon kepada bumi. Maka gas R22 akan dimansuhkan kepada penggunaannya. Namun pengguna gas R22 tidak perlulah bimbang kerana gas tersebut tidak dimansuhkan serta merta kerana kebanyakan unit-unit pendingin hawa yang menggunakan gas tersebut masih banyak. ia akan dimansuhkan secara berperingkat dengan memperkenalkan gas-gas yang lebih mesra alam.









R410a & R32

Ini merupakan refrigerant terbaru yang telah diperkenalkan oleh pengilang untuk mengantikan R22. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keluaran alat pendingin hawa yang menggunakan gas ini telah mula diperkenalkan di pasaran malaysia. Perbandingan antara kedua gas ini akan kita kupaskan serta rungkaikan pada next isu....


















No comments: