aircond and electrical

Saturday, January 19, 2019

Aircond Filter

TIPS PENJAGAAN DAN PENJIMATAN ELEKTRIK BAGI PENGGUNAAN ALAT PENDINGIN HAWA

Penapis Udara


Penapis udara merupakan kompenan yang tidak kurang pentingnya dalam sesebuah alat pendingin hawa kediaman anda. Ia berfungsi sebagai penapis daripada habuk dari memasuki ke bahagian evaporator atau dalam bahasa mudahnya cooling coil.

Mungkin masalah biasa akan anda hadapi ialah, kenapa aircond saya rasa kurang sejuk??
haa...salah satu penyebabnya ialah apabila penapis udara ni lapisan habuknya dah 1 inci tebalnya dan ia menyekat aliran udara dari memasuki bahagian intake air Ventilation.

Anda perasan tak sebelah atas Cover putih tu ada lubang grill? Fungsinya adalah sama macam pernafasan kita,kalau hidung kita tersumbat maka susah untuk kita bernafas,maka konsepnya sama. Sekiranya peredaran udara terbantut maka kitaran udara tidak akan menjadi normal untuk sesebuah pendingin hawa. Maka udara tidak akan dapat disedut ke bahagian cooling coil untuk membantu kitaran penyingkiran haba panas.

Tengok kat bawah ni,FILTER aircond yang dah kotor dan dipenuhi dengan habuk!
salah satu faktor yang menyebabkan udara terhalang untuk memasuki air intake ventilation.


Servis berkala:
1. Anda disarankan supaya mencuci filter sebulan sekali bagi memastikan pengedaran udara untuk alat pendingin hawa anda berfungsi dengan baik.
2. Cuci dengan air bersih.
3. Bilas sehingga kering sebelum anda memasukkan semula ke tempat asal filter.
4.  Anda wajib tahu juga bahawa ini salah satu faktor bil elektrik anda tinggi.


Selamat mencuba#KB aircond

No comments: